Selasa, 22 Disember 2009

Pelancaran Usahawan Tani Muda Jaya

Serdang, 22/12/09

Alhamdulillah sampai juga aku ke pelancaran usahawan tani muda jaya yg dirasmikan oleh menteri pertanian. banyak yg aku dapat dari pelancaran ini. sesi dialog bersama menteri banyak memberi aku informasi dalam pertanian.

usaha untuk aku melebarkan lagi sayap perladangan dalam penternakan cendawan ini akan aku teruskan dalam menyahut seruan kerajaan dan perdana menteri malaysia sendiri.

Aku harap 2010 yg bakal menjelma ini akan menjadi titik noktah dalam menjadi usahawan cendawan yg bermutu dan dikenali. insyallah........

Ahad, 20 Disember 2009

Pengakhiran Tahun 2009

Salam satu malaysia rakan2 cendawan.

Beberapa minggu lagi berakhirlah tahun 2009. maka pelbagai perkara akan kita tinggal kan. dan pelbagai perkara juga akan kita mulakan termasuklah meningkatkan usaha dalam merencana kan program penanaman cendawan.

dua tahun sudah fikri agro ditubuhkan. pelbagai halangan dan dugaan terpaksa dilalui. hajat untuk membina ladang yg lebih besar sikit masih belum terlaksana. masih lagi dengan kawasan yg kecil. masih lagi dengan jumlah beg media 800 ke 1000.

agak2nya dapat atau tak aku mengubah fikri agro menjadi lebih besar. pening aku memikirkannya. x tahu mana lagi nak diadu. x tahu dah mana lagi nak di bawa. mencari modal sepanjang tahun. tapi masih x berjaya. ader kawasan modal pula x der.

aku harap jika ada rakan yg membaca keratan ini berikanlah pandangan bagaimana hendak aku lakukan agar dapat aku atasi masalah ini.

sekalung ucapan terima kasih kepada yg sudi membantu dan salam maal hijrah kepada semua rakan cendawan.

selamat datang 2010